Pada 22 hb Februari 2011, Selasa, pegawai-pegawai LPM, Pn Rizanna dan Pn Azizah telah memberi taklimat kepada guru-guru PJ-PK dan beberapa pegawai dari PPD berkaitan dengan pelaksanaan PBS bagi PJ-PK serta mata pelajaran lain sebagai konsep pentaksiran yang menyeluruh bagi sistem pendidikan negara. Bagi sekolah rintis PJ-PK, tujuan program ini adalah untuk mendapatkan gambaran P&P PJ-PK berdasarkan standard prestasi yang disediakan oleh LPM.
Maklumat umum PBS:1-Lembaga Peperiksaan Malaysia(LPM) menyediakan instrumen merangkumi piawai, kriteria panduan dan peraturan 2-Pentaksiran dirancang,ditadbir diskor dan dilapor oleh sekolah 3-Calon diukur tahap penguasaan pengetahuan,kemahiran dan nilai berdasarkan kriteria yang ditetapkan 4-Calon memperbaiki pencapaian diri(Assessment for learning)
KONGSI BAHAN
TAKLIMAT KSSR DAN SPPK PPDSPU
Pada 9 hb Februari 2011, taklimat KSSR dan SPPK telah dilaksanakan di BTPN Pokok Sena. Seramai 73 peserta dari sekolah rendah seluruh daerah utara hadir. Objektif utama taklimat ini adalah untuk menjelaskan kepada semua wakil sekolah rendah daerah SPU berkenaan pelaksanaan KSSR dan SPPK. Perkara-perkara yang diterangkan merangkumi KSSR, SPPK, RPH bagi mata pelajaran dan pengendalian fail PBS di peringkat sekolah...(Sila download bahan di KONGSI BAHAN)...
Subscribe to:
Posts (Atom)